Pegawai perubatan, Dr B. Sugumaran |
IPOH - Pegawai perubatan, Dr B. Sugumaran yang dikenali di kalangan ahli Parlimen dilaporkan hilang sejak sebulan yang lalu.
Doktor lelaki berusia 50 tahun itu tidak kembali ke rumahnya di Taman Sri Rampai di Setiawangsa, Kuala Lumpur, sejak 3 Januari.
Dr Sugumaran yang berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur, ditempatkan di klinik di bangunan Parlimen sejak 10 tahun yang lalu.
Salah seorang sepupu Dr Sugumaran menyifatkan beliau sebagai seorang yang baik dan suka menolong.
D. Nithiananthan, 43, berkata kali terakhir dia bercakap dengan sepupunya, Dr Sugumaran adalah selepas sambutan Krismas Disember lepas.
Beliau berkata Dr Sugumaran adalah seorang yang gemar berahsia.
Nithiananthan, seorang pesakit kencing manis berkata dia menghubungi Dr Sugumaran mengenai beberapa ubat tetapi sepupunya itu memberitahu supaya dia untuk menghubunginya semula selepas tahun baharu.
Jelas Nithiananthan, dia cuba menghubungi Dr Sugumaran beberapa kali pada awal Januari lalu tetapi tiada jawapan dan telefon bimbitnya dimatikan.
"Saya tidak fikir apa-apa kerana saya merasakan dia mungkin ke luar negara demi kerja.
"Tetapi pada minggu kedua bulan Januari, saya telah menerima panggilan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu saya bahawa Dr Sugumaran gagal hadir untuk bekerja dan bertanya jika saya tahu di mana dia berada.
"Saya kemudian menghubungi kawan-kawannya dan keluarga untuk bertanya mengenai Sugumaran tetapi mereka juga tidak tahu," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur pada Rabu.
Nithiananthan berkata, ibu bapanya yang sudah tua tinggal secara berasingan, dan Dr Sugumaran tinggal bersendirian di rumahnya.
Sumber: mStar