Doktor Wanita Bunuh Suami Kerana Bimbang Rahsia Seks Bertiga Bocor


Seorang doktor, Chamari Liyanage didakwa membunuh suaminya Dinendra Athukorala dengan penukul kerana bimbang rahsia mereka melakukan seks bertiga bersama seorang remaja berusia 19 tahun akan terbongkar.

Chamari dan suaminya yang berasal dari Sri Lanka, kini menetap di Australia. Mengikut kertas pertuduhan, doktor itu berbuat demikian kerana takut suaminya akan mendedahkan hubungan sensasi seks bertiga tersebut.

Menurut pendakwa raya tempatan mahkamah Australia, Chamari juga dikatakan bosan dengan tuntutan kuat seksual suaminya. Pasangan itu malah pernah mengadakan hubungan seks bertiga yang melibatkan wanita lain.

Sementara remaja berkenaan yang dipanggil untuk memberikan keterangan memberitahu dia bertemu dengan pasangan itu di dalam sebuah parti pada 2014 ketika berusia 17 tahun dan kerap berkunjung ke rumah mereka.

Pasangan itu juga, katanya turut mencukur bulu roma di kakinya.

Mereka turut memberikan pelbagai hadiah kepadanya termasuk kamera video. Malah ada satu masa, Dinendra pernah melutut dan merayu remaja terbabit menerima hadiah tersebut.

Pada hari kejadian, mayat Dinendra ditemui berlumuran darah selepas Chamari menghubungi 911.

Dia mendakwa tidak ingat apa yang berlaku. Chamari mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh suaminya dan perbicaraan dijangka berterusan untuk beberapa minggu lagi. -Kedahnews.com