Elizabeth Tan |
Penyanyi Elizabeth Tan yang sebelum ini popular menerusi lagu Knock Knock mengaku dirinya malu apabila melihat rakaman persembahannya pada Anugerah Juara Lagu 30 yang baru sahaja berlalu.
“Secara jujurnya apabila melihat kembali rakaman ketika membuat persembahan di AJL30 saya rasa malu sangat,” katanya yang ditemui dalam Majlis Gong Xi Raya, petang kelmarin.
“Sebenarnya hari Isnin sebelum pertandingan saya hilang suara di saat-saat itu yang menyebabkan saya mengalami stres serta debaran yang cukup tinggi,” katanya lagi.
Elizabeth Tan juga mengatakan bahawa dia sedia menerima apa sahaja kritikan yang diberikan kepadanya dan akan menjadikan ia sebagai pemmbakar semangat untuk membaiki diri di masa akan datang.
"Saya akan mengambil segala kritikan untuk memperbaiki diri lagi selepas ini," katanya. -Kedahnews.com