Erin memberitahu suaminya, Mohamed Farriz paling gembira dengan perubahan imejnya. Foto Ihsan Instagram @erinmalekofficial |
KUALA LUMPUR - Pelakon Erin Malek berkongsi pengalamannya melalui rasa sukar selepas doktor mengesahkan salah seorang anak kembarnya meninggal dunia ketika usia kandungannya mencecah usia 16 minggu iaitu pada Mei tahun lalu.
Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 22, berkata, ketika itu dia banyak menangis kerana sukar menerima hakikat namun reda dengan ketentuan Allah.
"Tidak tahu bagaimana saya hendak gambarkan perasaan ketika itu tetapi saya memang sedih namun apabila doktor menjelaskan situasi dan keadaannya saya mula reda.
"Bagaimanapun saya bersyukur masih dapat terus mengandungkannya sehingga sembilan bulan dan melahirkannya walaupun dia sudah tidak bernyawa," katanya kepada mStar Online.
Erin berkata demikian ketika ditemui pada majlis Gong Xi Raya bersama artis Paranormal di sini, Selasa.
Sebelum ini dia tidak pernah bercerita mengenai keadaan berkenaan.
Pada 1 Oktober tahun lalu, Erin selamat melahirkan seorang sahaja bayi kembarnya yang diberi nama Mohamed Faliq Mohamed Farriz.
Pelakon itu menerusi laman sosial Instagram miliknya turut mendedahkan kembar kepada Mohamed Faliq meninggal dunia akibat lebihan cecair di dalam perut sehinnga menyebabkan badan membengkak ketika berusia 16 minggu dalam kandungan.
Dalam pada itu, Erin berkata, dia dan suaminya sempat menatap wajah jenazah bayi mereka yang dilahirkan dengan cukup sifat itu dan bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai nikmat hamil anak kembar.
"sudah tertulis bukan rezeki saya tetapi sangat bersyukur dapat merasai pengalaman mengandungkan anak kembar dan ia pengalaman yang tidak akan saya lupakan.
"Saya dan suami akan meluangkan masa sebulan sekali menziarahi kuburnya," katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai kehidupannya sebagai seorang ibu, Erin berkata, dia tidak menggunakan khidmat pembantu untuk menguruskan anak sebaliknya lebih selesa menjaga sendiri Faliq.
Kata Erin, biarpun penat namun dia berasa puas dapat membesarkan sendiri anaknya itu malah suaminya juga sangat ringan tulang dalam membantunya menjaga Faliq.
"Sebagai seorang ibu pada usia muda banyak perkara yang perlu saya pelajari namun saya sangat gembira dengan kehidupan sekarang.
"Dengan kehadiran Faliq dia banyak mengajar saya erti kematangan dan kesabaran dan melihat dia membesar di depan mata membuatkan semua rasa penat berbaloi," katanya.
Dalam perkembangan sama, Erin berkata, buat masa ini dia akan memperlahankan karier seninya kerana ingin memberikan tumpuan kepada keluarga namun tidak pernah melupakan bidang lakonan.
Malah katanya, sehingga kini dia masih mendapat tawaran berlakon namun terpaksa menolak buat sementara waktu kerana anaknya masih kecil.
Menyentuh mengenai imejnya kini yang sudah bertudung, Erin berkata, hasrat berkenaan sudah lama dipendam namun tertangguh kerana bimbang tidak benar-benar sedia.
Bagaimanapun kata Erin, dia nekad menutup aurat hampir sebulan lalu dan mengakui lebih yakin dengan penampilan terbaharunya itu.
"Suami pada awalnya terkejut dengan perubahan tersebut namun dia paling gembira dengan imej terbaharu saya.
"Saya tidak pernah risau dengan bertudung akan menyekat peluang lakonan kerana ia sebenarnya rezeki masing-masing malah biarpun sudah berhijab tawaran tetap diberikan kepada saya.
"Jika kita lihat dari trend sekarang pun banyak drama yang dihasilkan menampilkan wanita bertudung," katanya.
Sumber: mStar
Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 22, berkata, ketika itu dia banyak menangis kerana sukar menerima hakikat namun reda dengan ketentuan Allah.
"Tidak tahu bagaimana saya hendak gambarkan perasaan ketika itu tetapi saya memang sedih namun apabila doktor menjelaskan situasi dan keadaannya saya mula reda.
"Bagaimanapun saya bersyukur masih dapat terus mengandungkannya sehingga sembilan bulan dan melahirkannya walaupun dia sudah tidak bernyawa," katanya kepada mStar Online.
Erin berkata demikian ketika ditemui pada majlis Gong Xi Raya bersama artis Paranormal di sini, Selasa.
Sebelum ini dia tidak pernah bercerita mengenai keadaan berkenaan.
Pada 1 Oktober tahun lalu, Erin selamat melahirkan seorang sahaja bayi kembarnya yang diberi nama Mohamed Faliq Mohamed Farriz.
Mohamed Faliq kini berusia tiga bulan. |
Dalam pada itu, Erin berkata, dia dan suaminya sempat menatap wajah jenazah bayi mereka yang dilahirkan dengan cukup sifat itu dan bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai nikmat hamil anak kembar.
"sudah tertulis bukan rezeki saya tetapi sangat bersyukur dapat merasai pengalaman mengandungkan anak kembar dan ia pengalaman yang tidak akan saya lupakan.
"Saya dan suami akan meluangkan masa sebulan sekali menziarahi kuburnya," katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai kehidupannya sebagai seorang ibu, Erin berkata, dia tidak menggunakan khidmat pembantu untuk menguruskan anak sebaliknya lebih selesa menjaga sendiri Faliq.
Kata Erin, biarpun penat namun dia berasa puas dapat membesarkan sendiri anaknya itu malah suaminya juga sangat ringan tulang dalam membantunya menjaga Faliq.
Erin memberitahu seronok bergelar ibu dan kehadiran anaknya banyak mengajarnya tentang kehidupan. |