Fathia Latiff Akui Hasrat Kenakan Tudung Sepenuhnya

Fathia Latiff
KETIKA menjalani penggambaran di luar negara, pelakon Fathia Latiff memberitahu bahawa dia sudah pun mempunyai niat untuk berubah imej dengan mengenakan tudung melambangkan gadis muslimah.

Kata Fathia, dia kini sedang berusaha untuk memakai tudung sepenuhnya.

"Allah beri hidayah kepada saya untuk memakai tudung, alhamdulillah. Sebenarnya masa menjalani penggambaran di luar negara lagi saya sudah cuba memakai tudung”

"Saya cuma mahu meminta kepada semua pihak untuk beri saya masa membetulkan diri dan menetapkan diri untuk bertudung," katanya dalam satu kenyataan.

Memperjelaskan hasrat murninya tentang keinginan berubah sepenuhnya itu, Fathia berkata dia tidak mahu memperlekehkan tindakan tersebut kerana ia berpandangan ia adalah satu titik besar dalam perubahan dirinya.

“Bagi saya, saya mahu istiqomah dengan keputusan ini dan ia adalah langkah yang besar. Saya tidak mahu memperlekehkan penghijrahan yang dibuat ini”, katanya. -Kedahnews.com