Harapan Dan "Ugutan" PAS Kedah Kepada Ahmad Bashah

ALOR SETAR​ ​-​ ​Pas ​Kedah berharap Menteri Besar ​ baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dapat memikul tugas dengan baik khususnya menunaikan janji manifesto ​PRU13 ​ yang ​di canangkan kepada rakyat sebelum ini.

Pesuruhjaya​nya, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata,​ Ahmad Bashah perlu membuktikan​nya lebih baik dari Datuk Seri Mukhriz Mahathir ​untuk mentadbir negeri ​dan tegas terhadap dakwaan penyelewengan ​p​ucuk pimpinan​.

Menurutnya, Pas akan meneruskan peranan sebagai 'penyemak imbang' terhadap kerajaan negeri melalui Adun yang dipilih rakyat berasaskan landasan demokrasi.

"Dalam masa dua tahun berbaki, Pas mengajak rakyat menilai prestasi kerajaan negeri bawah Ahmad Bashah.

"Jika beliau dan pasukan kepimpinannya gagal, maka ​kita ​ serahkan kepada rakyat untuk menghukum BN dalam pilihan raya umum nanti,"​ ​ katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.

​Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Mukhriz yang memberi khidmatnya sebagai menteri besar sebelum ini.

Sementara itu, Ahmad Fakhruddin menjunjung kasih ke atas Jemaah Pemangku Sultan ​Kedah menggunakan kebijaksanaan dalam menyelesaikan krisis politik negeri yang berlarutan hampir dua minggu.

Menurutnya,​ ​penyelesaian berasaskan peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah berjaya memuaskan hati semua pihak malah lebih mengkagumkan kerana Jemaah Pemangku Sultan ​Kedah ​ mengambil maklum​ ​ balas dari setiap A​dun tanpa mengira dari parti kerajaan atau pembangkang.

Sumber: Sinar Harian