Harga Tak Sampai RM1,000, Tapi 5 Telefon Pintar Ini Memang Bagus


TIDAK dinafikan telefon pintar yang satu ketika dulu merupakan simbol kemewahan adalah satu keperluan pada zaman sekarang.

Ada yang guna telefon pintar untuk ambil gambar, memudahkan kerja, bersosial, atau mungkin kesemuanya sekali.

Jika mahu lakukan semua perkara di atas, pemilihan telefon pintar yang berkualiti perlu diambil kira sebelum anda membelinya tapi kami faham, faktor bajet antara perkara utama yang mesti difikirkan.

Jangan risau, kami sedia bantu supaya hidup anda ceria dengan smartphone baru yang memenuhi segala keperluan diingini dan pada masa sama, tak rabakkan poket seperti harga ditawarkan jenama terkenal macam iPhone atau Samsung.

1. Xiaomi Mi4i – Untuk “Kaki Bergambar”


Mi4i merupakan telefon pintar yang membawakan beberapa ciri penting yang sangat menarik antaranya kamera belakang 13MP dan hadapan, 5MP yang mampu memberikan kepuasan lebih untuk “kaki bergambar”.

Harga: RM 749.00 – RM 899.00

2. Asus Zenfone 2 ZE550ML – Paparan Puas Hati


Buat mereka yang sukakan kepuasan paparan, Zenfone 2 ini memberi apa yang anda mahukan. Memori tersedia sebanyak 16GB yang boleh ditambah hingga 64GB ini juga mampu menyokong rangkaian 4G.

Harga: RM 740.00

3. Lenovo A7000 – Bantu Pengurusan Kerja


Untuk peminat Lenovo, kami sarankan anda beli A7000 ini. Ia sesuai untuk menguruskan kerja seharian dan bila dah bosan buat kerja, boleh main game.

Harga: RM559.00 – RM599.00

4. Huawei 4X LTE – Paparan 3D Cantik Untuk Video / Gaming


Buat mereka yang sukakan kerja multitask ringkas, Huawei 4X menepati pilihan. Tambahan pula, ia mampu beri paparan 3D untuk video dan gaming dengan baik selain tersedia untuk rangkaian 4G dan memiliki dua slot sim.

Harga: RM 559.00 – RM639.00

5. Lenovo VIBE X S960 – Gambar HD, Resolusi Tinggi


Lenovo VIBE X S960 sesuai untuk mereka yang gemar mengambil gambar kerana miliki paparan resolusi 1080HD. Justeru gambar yang dihasilkan amat jelas.

Harga: RM674.00

Dengan siaran ini maka dijangka akan membuka mata ramai yang selama ini menganggap telefon pintar yang mahal-mahal itu bagus-bagus belaka sedangkan ada saja model yang murah, namun berprestasi tinggi.

Apatah lagi bagi menjimatkan belanja, mungkin selepas ini ramai yang akan "mengukur baju di badan sendiri" dan tidak lagi "mengikat perut" untuk menabung demi membeli telefon bimbit yang sebenarnya tidak mampu dimiliki. -Kedahnews.com