Ibu Terkejut Kepala Anak Berlumuran Darah Digigit Ular Sawa

MACKSVILLE -  Insiden mengejutkan itu bagaikan mimpi ngeri bagi seorang ibu yang terjaga dari lena setelah dikejutkan jeritan dan mendapati seekor ular sawa sedang "enak" menggigit kepala anaknya.

Ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Tammy lantas bertindak pantas secara spontan dan merentap ular sawa berkenaan dari kepala anaknya, Tyler, dalam satu kejadian di Macksville, Australia, pada Khamis lalu.

Tammy memberitahu paramedik yang tiba dirumahnya bahawa Tyler juga luka akibat gigitan di bahagian tangan dan digigit beberapa kali di bahagian sebelah kiri kepala.

Kejadian terebut juga viral dikongsikan ke Facebook di negara tersebut bersama foto seorang lelaki sedang memegang bangkai ular sawa tersebut yang telah mati dibunuh.

Keluarga Tammy dalam satu kenyataan menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kononnya ular sawa tersebut merupakan binatang peliharaan mereka dalam perkongsian berkenaan. -Kedahnews.com