MANUSIA adalah makhluk yang mempunyai bentuk fizikal dan minda yang berbeza-beza.
Dari aspek fizikal sudah tentu ada yang rendah, tinggi berkulit putih gelap, berbadan kurus, gemuk dan sebagainya. Dari aspek minda, mereka juga biasanya ada perbezaan tafsiran dalam menanggapi sesuatu perkara.
Dalam agama Islam Allah menegaskan bahawa manusia itu sebenarnya satu kesatuan ummah. Pada ketika mereka berselisih sesama mereka, Allah SWT telah mengutuskan para nabi dan rasul sebagai jalan penyelesaian kepada perbezaan yang berlaku. Penyelesaian ini adalah melalui wahyu iaitu ilmu. Ilmu ini adalah melalui kitab yang diturunkan kepada para nabi dan rasul.
Walaupun begitu, apabila perbezaan dan perselisihan terus berlaku maka ini adalah disebabkan sikap segolongan manusia yang dengki dan berhasad sehingga perbezaan dan perpecahan terus berlaku. Akhirnya hanya orang beriman iaitu mereka yang akur dengan ilmu yang diterima melalui wahyu tergolong dalam kalangan yang selamat dan bersatu hati.
Ini jelas daripada ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah yang bermaksud:

“Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka kitab dengan benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.” (Al-Baqarah, ayat 213)
Ini adalah satu kaedah yang dibentangkan kepada manusia untuk menjadi ikutan iaitu dengan ilmu yang sebenar-benarnya, maka manusia dapat menghindari daripada berlakunya ikhtilaf atau perbezaan pandangan. Perbezaan pandangan yang berlaku setelah memperoleh ilmu adalah satu bentuk kedegilan manusia yang melawan fitrah kejadian mereka.
Hakikat yang berlaku dalam masyarakat semasa ialah perbezaan pandangan yang berlaku bukan sahaja dalam hal-hal urusan agama bahkan dalam soal kehidupan sosial mereka.
Antara faktor asas penyumbang kepada perbezaan pandangan ini ialah tidak memahami sesuatu isu sebenar-benarnya. Atau dalam erti kata lain tidak mengetahui dengan ilmu yang mendalam dalam pelbagai aspek isu yang diberi pandangan.
Apabila ada yang memberi pandangan dalam keadaan cetek ilmunya, dan pada masa yang sama bertegas dengan pandangan itu, maka ini akan terus mewujudkan pelbagai pandangan yang sepatutnya boleh dihindarkan.
Dalam aspek ilmu akidah Islam, wujud nas dan dalil yang jelas tentang ketauhidan Allah SWT. Ini satu ilmu yang Allah SWT kurniakan kepada manusia sejelas-jelasnya melalui al-Quran dan as-sunnah. Manusia khasnya umat Islam dengan mudah memahami ilmu tauhid yang asas. Maka di sana tidak timbul bahawa Allah SWT itu beranak-pinak atau diperanakkan kerana ilmu tauhid dalam al-Quran telah jelas menafikan perkara itu dan difahami oleh manusia.
Dalam aspek ilmu fikah, akan timbul pelbagai pandangan dalam hukum yang memerlukan tafsiran berdasarkan ijtihad daripada al-Quran dan as-Sunnah. Ini adalah perbezaan pandangan dalam hukum yang perlu diakur oleh masyarakat. Ini kerana hukum fikah bukan semuanya mempunyai nas dan dalil jelas daripada al-Quran dan as-Sunnah.
Maka di sini akan berlaku perbezaan pandangan kalangan alim ulama dalam mengeluarkan hukumnya secara ijtihad. Ini timbul disebabkan alim ulama berbeza dalam menanggapi dan memahami ilmu tentang sesuatu hukum fikah yang tidak disebut secara jelas dalam sumber perundangan Syariah.
Sebaliknya, jika alim ulama dapat memahami secara mendalam ilmu tentang hakikat sesuatu isu yang memerlukan hukum itu, maka sudah tentu tidak akan timbul ikhtilaf atau perbezaan pandangan dalam kalangan mereka. Tetapi untuk mencapai hakikat ilmu dalam kalangan alim ulama adalah sukar kerana tahap kemampuan mereka adalah berbeza-beza dalam menanggapi ilmu daripada sumber perundangan Syariah.
Jadi, dalam aspek perbezaan pandangan dalam hukum fikah ini, peranan masyarakat adalah penting dalam menjadikan perbezaan yang berlaku sebagai unsur yang boleh menguatkan ummah. Ini melalui keterbukaan dan berlapang dada sesama mereka. Tidak perlu wujud rasa iri hati dan taksub dengan pandangan golongan atau individu tertentu sehingga menimbulkan kekacauan dan keruntuhan ummah. Mereka perlu mempunyai ilmu dan adab dalam menegakkan elemen sihat ini dalam diri masing-masing.
Alim ulama turut mempunyai peranan memberikan pandangan yang benar-benar sahih berlandaskan dalil yang kukuh dan diterima ramai ulama kepada masyarakat. Pandangan yang bersifat terpencil perlu dielakkan apatah lagi jika menyentuh tentang perkara cabang, khasnya dalam isu fikah Islam.
Perkara asas yang penting dalam menghadapi arus perbezaan pandangan dalam semua aspek kehidupan secara umumnya ialah dengan pihak berkepentingan termasuk alim ulama mempunyai ilmu.
Dengan ilmu yang betul dan komprehensif sepatutnya perbezaan pandangan tidak lagi menjadi isu besar dalam kehidupan masyarakat.
*PENULIS ialah Pegawai Penyelidik, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang, Politik IKIM./Utusan