Dalam sebuah kisah, seorang alim ulama mencadangkan kepada seorang anak muridnya untuk berguru bersama seorang ahli sufi yang terkenal dan dihormati pada zaman itu.
Setelah melalui perjalanan yang agak jauh, sampailah anak muridnya ke daerah tempat tinggal ahli sufi yang dimaksudkan. Maka dia pun bertanya kepada penduduk di kawasan itu lokasi rumah ahli sufi berkenaan. Maka dia pun sampailah di hadapan sebuah rumah.
Alangkah terkejutnya dia apabila di hadapannya sebuah rumah agam yang besar seperti istana sang raja. Di laman rumah itu pula, ada beberapa kereta besar diparkir yang boleh dianggap agak mewah.
Fikirannya mula keliru. Dia bertanya pula kepada jiran di sebelah rumah besar berkenaan. Ternyata rumah itu adalah rumah ahli sufi yang dimaksudkan tuan gurunya.
Maka dia pun menghampiri rumah itu dan memberikan salam. Salamnya dijawab oleh satu suara lelaki.
Tidak lama kemudian, muncul seorang lelaki dengan pakaian yang sangat indah dan mewah. Terpinga-pinga si anak murid tadi. Seumur hidupnya tidak pernah lagi berjumpa seorang alim ulama dengan penampilan sebegitu.
Sebelum ini, para alim ulama yang dia temui menjalani hidup sederhana dan seadanya sahaja. Pelbagai soalan bermain di fikirannya. Benarkah lelaki ini seorang ahli sufi. Akan tetapi sudah terlanjur sampai ke situ dengan perjalanan jauh yang memenatkan, dia pun menyampaikan salam tuan gurunya dan tujuannya berjumpa dengan ahli sufi itu.
Namun maklum balas yang diberikan oleh ahli sufi itu agak memeranjatkannya. Ahli sufi itu berkata, “Tolong sampaikan salamku kepada gurumu. Aku berpesan agar dia tidak selalu sibuk dengan urusan dunia.”
Bagaimana mungkin orang kaya yang tampak selesa dengan gaya hidup mewah sebegitu memberi nasihat sedemikian kepada tuan gurunya yang padanya jauh daripada kehidupan dunia? Nasihatnya agar tidak sibuk dengan urusan dunia bagaikan tidak kena.
Bukankah yang sibuk dengan urusan dunia itu adalah orang kaya itu sendiri. Lalu dia meminta diri untuk pulang. Hasrat untuk menuntut ilmu dengan ahli sufi itu dirasakan perlu ditangguhkan sementara waktu. Dia keliru dengan situasi di hadapan matanya.
Setibanya di pondok gurunya, dia menyampaikan salam serta pesan si ahli sufi itu tadi. Dengan tidak semena-mena, mata tuan gurunya berkaca mengalirkan air mata dan membenarkan nasihat orang kaya itu. Dia bertambah keliru.
Tuan guru akhirnya menjelaskan apa yang dilihat oleh anak muridnya itu memang benar. Ya, memang benar ahli sufi itu memiliki rumah bak istana, kebun yang luas, kenderaan mewah dan memakai pakaian yang bagus. Namun kekayaan yang dimilikinya itu tidak pernah membawanya jauh daripada kehidupan dunia.
Hartanya tidak mengganggu zikirnya kepada Allah SWT. Dia tidak pernah menjadi sombong kerana hartanya yang melimpah ruah. Dia tidak pernah merasa rugi saat Allah menguji dengan mengambil hartanya pada suatu ketika. Dia memandang segala harta yang dimilikinya biasa-biasa sahaja.
“Sementara saya,” kata tuan guru tersebut, “biar tidak mempunyai harta yang melimpah ruah, tetapi setiap hari memikirkan bagaimana untuk mencari harta. Bahkan mungkin saya lebih sibuk memikirkan urusan dunia daripada orang kaya itu.”
Banyak pengajaran yang boleh kita teladani daripada kisah tadi. Orang yang dikurniakan rezeki yang banyak, jika dia pandai menguruskannya dan tidak dilekakan oleh urusan dunia, nescaya dia menjadi orang yang amat hampir kepada Allah.
Sementara orang yang belum mendapatkan rezeki yang banyak, belum tentu jiwanya tenang bahkan mungkin dia lebih sibuk setiap hari bagaimana untuk memiliki harta yang banyak sehingga dia menjadi lalai dengan urusan dunia.
Allah tidak pernah melarang hamba-Nya untuk mencari kekayaan dunia. Tidak perlu menjadi miskin untuk berdamping dengan Allah. Tidak perlu juga takut menjadi kaya kerana bimbang jauh daripada Allah.
Harta tidak menjadi kayu pengukur tahap keimanan dan ketakwaan seseorang, tetapi hati dan jiwa yang bersih menjadikan seseorang itu lebih dekat kepada Allah walau apa pun status seseorang itu.
Tidak ada halangan bagi orang kaya untuk menjadi soleh, demikian juga tidak ada alasan bagi orang miskin untuk tidak dekat kepada Allah kerana kemiskinannya. Orang kaya dan orang miskin mempunyai kesempatan yang sama untuk mendekati Allah SWT.
Sumber: myMetro