Isteri Potong Kemaluan Suami Sebelum Terjun Sungai Bunuh Diri


SICHUAN - Lagi laporan berita mengenai wanita yang dikatakan tertekan hingga bertindak 'memotong anu suami'.

Kali ini kejadian berlaku di China di mana kejadian tersebut berlaku selepas si isteri bertengkar dengan si suami.

Memetik laporan dari NetEase, selepas bertindak memotong anu suaminya, wanita berkenaan nekad terjun ke dalam sungai untuk tujuan membunuh diri.

Menurut seorang saksi, sejurus sebelum wanita berusia 50 tahun itu terjun dia ada mendengar wanita itu memberitahunya bahawa dia telah memotong kemaluan suaminya dengan pisau ketika mereka bertengkar, hingga mengakibatkan lelaki itu mati.

"Saya ada sesuatu hendak beritahu kamu, saya telah bunuh suami saya," kata wanita itu.

Menurut wanita itu, dia memberitahu bahawa suaminya berlaku curang apabila berani menjalin hubungan intim dengan wanita lain ketika dia demam dan sering memukulnya.

Jelas saksi itu lagi, sesudah wanita itu meluahkan isi hatinya, dia telah memujuk wanita itu untuk membuat laporan kepada pihak polis, tetapi wanita itu enggan mengikut nasihat yang diberikan.

"Sebaik saya meneruskan perjalanan, saya terdengar percikan air, wanita itu terjun ke dalam sungai," kata saksi tersebut.

Difahamkan bahawa pasukan penyelamat telah menemui mayat wanita itu beberapa jam kemudian selepas terjun ke dalam sungai. -Kedahnews.com