Jerebu: Bacaan IPU Di Kuala Baram,Sarawak Bertambah Baik


MIRI – Keadaan berjerebu di kawasan Kuala Baram yang mencapai tahap berbahaya pagi ini mulai bertambah baik di sebelah petang.

Pagi tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kawasan itu melebihi paras 300.

Semakan pada laman http://apims.doe.gov.my/ menunjukkan bacaan IPU di kawasan itu pada pukul 2 petang menurun kepada 206 berbanding 330 pada 11 pagi. – BERNAMA