Kaki “Tidur” Yang Dicerca, Dikeji, Dimaki Tu Abah Saya...


ALOR SETAR – Anak perempuan bongsu kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah tampil meluahkan rasa hati berkenaan isu cercaan dan penghinaan dibuat di media sosial kepada bapanya itu.

Azira Hafiza Ahmad Bashah memuat naik status berbaur kecewa itu pada Khamis apabila bapanya dicerca sebagai ‘kaki tidur’ dan ‘hanya ada SRP’ susulan perlantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Status berkenaan malah menjadi perhatian dan viral apabila dia turut menulis mengenai kisah pengorbanan bapanya terhadap negeri itu yang mungkin tidak ramai pernah ketahuinya terutama orang luar Kedah sendiri.

Kaki “tidur”, yang dicerca, dikeji, dimaki tu abah saya. Saya bangga dengan beliau. Lawak bila orang tak kenal, tak pernah sua, baca entah dari sumber mana, tak pernah tegur, boleh cakap macam-macam,” tulis Azira.

Azira Hafiza turut sedih apabila kelulusan rendah bapanya itu menjadi satu penghinaan dan bahan jenaka netizen yang bukan sahaja dari kalangan pembangkang, malah penyokong tegar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

"Ya. Abah sekolah tak tinggi. Tak ada Master, PHD, apatah lagi diploma, bukan kelulusan luar negara, apatah lagi ahli motivasi/professional trainer. Sebab abah kena ambil alih tugas seorang ayah untuk keluarga dia.

“Jaga kakak, dan adik-beradik lain lepas ayah abah meninggal. Kerja jual telur ayam, durian, kelindan lori, you name it. Tapi kalau tengok adik-beradik abah Alhamdulillah semua kelulusan tinggi dan ada dari luar negara."

Malah Azira Hafiza turut mempersoalkan penghinaan jahat yang diberikan segelintir netizen bersikap kurang ajar terhadap bapanya yang dianggap sebagai keterlaluan kerana ramai tidak tahu mengenai pengorbanan bapanya.

Siapa tengok dan tahu susah payah dia dan jentera lain lepas Kedah kalah dalam sejarah dulu. Bila nak dekat GE13 anak-anak tak payah cakap, berapa hari kami dapat jumpa sembang abah. Nak jumpa pun tak sempat.

“Kalau abah ada salah dengan Mukhriz, saya tak berapa risau sebab mereka boleh minta maaf. Cuma keyboard warriors yang maksum dan confirm masuk syurga dah ready nak berjumpa dekat padang Mahsyar nanti?

Azira Hafiza seterusnya menambah: “Sesiapa yang sungguh tak berkenan dekat abah, saya sarankan agar berdoalah pada Allah. Sesungguhnya doa ‘rakyat teraniaya’ memang tiada hijab.”

Namun begitu, dia masih lagi memaafkan orang yang menabur fitnah terhadap bapanya dan mereka yang mendoakan perkara-perkara buruk ke atas keluarganya serta berharap mereka tidak mati dipanah oleh petir!

Insya Allah, saya wakil ahli keluarga memaafkan anda semua yang maki, caci fitnah sebab anda tak kenal abah. Takpa lah, abah dah takda mak ayah untuk dapat dakapan syahdu seorang ibu/bapa pemberi semangat.

“Tapi abah ada kami. Saya juga doakan isteri/suami/anak/ahli keluarga keyboard warriors sihat hendaknya serta dirahmati Allah dunia akhirat, dapat belajar oversea dan tidak mati dipanah oleh sambaran petir.

Krisis Menteri Besar Kedah menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar apabila pada 20 Januari, sekumpulan besar pemimpin UMNO Kedah sepakat mengumumkan pendirian sudah pun hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.

Pada Rabu, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Mukhriz yang meletak jawatan.

Sehari sebelum itu, Mukhriz dipanggil menghadap anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang seterusnya memaklumkan bahawa beliau ‘hilang’ sokongan majoriti ADUN Kedah untuk menerajui negeri Jelapang Padi itu.

Bagi orang Kedah sendiri, ada menyifatkan pelantikan Ahmad Bashah sebagai pilihan tepat kerana beliau memiliki aura sendiri sama seperti penampilan bekas Menteri Besar Kedah terdahulu, Tan Sri Azizan Abdul Razak dari PAS.

Ahmad Bashah juga perancang utama ‘menawan’ kembali Kedah daripada PAS pada 2013 hasil kerja keras beliau berbanding Mukhriz yang dianggap penduduk Kedah hanya suka publisiti selfie apabila sesekali bertemu rakyat.



Berikut luahan penuh Azira Hafiza: -Kedahnews.com

Bismillahirrahmanirrahim.

Kaki “tidur”, yang dicerca, dikeji, dimaki tu is my one and only abah and yes I’m proud of him. Lawak bila orang yang tak pernah kenal, tak pernah bersua, baca entah dari sumber yang mana, tak pernah tegur, tak pernah say Hi (sorry nanti keyboard warriors kecam bukan Islam kena bagi salam) boleh cakap macam-macam.

Siapa tahu video “tidur” yang sangat popular tu semata2 nak burukkan abah. Orang yang rakam video tu merangkak la dekat padang Mahsyar minta maaf sebab sebar fitnah.

But don’t worry abah dah maafkan pun. Macam tu lah bila dah rasa diri bagus, bila besar boleh jadi keyboard warriors yang maksum bebas dosa confirm masuk syurga dan boleh menghukum orang tanpa usul periksa.

Yes. Abah sekolah tak tinggi. Takda master, takda PhD, apatah lagi diploma, bukan kelulusan luar negara, apatah lagi ahli motivasi/professional trainer. Ha ha. Sebab abah yang kena ambil alih tugas seorang ayah untuk keluarga dia. Jaga kakak, dan adik-beradik lain selepas ayah abah meninggal. Kerja jual telur ayam, jual durian, kelindan lori, you name it.

Tapi kalau tengok adik-beradik abah Alhamdulillah semua berkelulusan tinggi dan ada yang dari luar negara (nanti keyboard warriors kecam riak). Abah pengalaman politik dia sejak dari umur 20-an lagi.

Dia mula dari bawah. Dari kosong. Dari nan hado. That’s the fact. Mana ada istilah pakai cable/bapak macam orang sekarang. Tidak disangkal pancapaian akademik sangat penting. Itu harus.

Tapi, apa guna belajar tinggi, nak involve politik, jaja kejayaan sana sini, share status dalam Facebook dapat deal dari Dato’ A, Dato’ B, dapat peluang kerja yang tak dapat ditepis tangan kanan dan kiri.

Tapi sendunya hidup bila assignment pun meniru. Copy paste kulit ke kulit sampai orang lain pun dapat susah. Bila kantoi pandai salahkan orang lain. Yes, this one is for you my friend. Shame on you.

Alhamdulillah abah bijak dia tak beli ijazah ka master ka PhD dan lepas tu kantoi hanya kerana nak puaskan hati manusia yang memandang akademik semata-mata. Kesian abah sebab dia tak pandai selfie, tak pandai tweets dan post pencapaian dekat Facebook.

Lawak bila waktu dipilih jadi ketua semasa pemerintahan PAS tak ada orang persoalkan kelayakan akademik abah. Sebab siapa yang sanggup nak galas tanggungjawab tu Kan?

Plus, the best part is. Siapa yang tengok dan tahu susah payah dia dan jentera yang lain lepas Kedah kalah dalam sejarah dulu. Bila nak dekat GE13 anak-anak tak payah cakap, berapa hari yang kami dapat jumpa sembang dengan abah.

Nak jumpa pun tak menyempat. Mama dan kami adik beradik share abah dengan rakyat dari kakak yang sulung dalam perut lagi. Weols okay, dah biasa.

Bak kata orang Kedah, dah mangli. Bila Kedah menang, orang tu cuci kaki tangan terus dapat jawatan. Untung badan. Abah ada cakap apa tak? No. Dia terima semua. Tak pulak dia nak lompat parti macam orang lain.

Untungla bila ada ayah berpengaruh tolong kempenkan on behalf. Takpa kita letak tepi sebab abah dah mangli cantas mencantas memang asam garam politik.

Sungguh. Saya respect dengan orang yang boleh komen dan bagi buah fikiran dengan bahasa yang sangat intelektual dan berhemah. Seriously, I respect that. Saya percaya semua orang ada hak bersuara.

Hak memilih. Hak mengutarakan pendapat. I don’t care, even my friend can say anything they want. It just that, don’t use abusive language.

Kadang rasa sedih, kadang kami adik beradik tergelak pun ada. Macam lawaknya hang ni. Yang mintak mati kena panah petir, yang minta doa mati mata terbuka, yang minta doa satu family jatuh sakit. Wow lagi sekali. And paling menarik ada yang komen suruh balik main dengan cucu. Oh that part, kena perenggan baru.

Sejak habis GE13 dan abah mula tugas sebagai timbalan KPDNKK, believe me dia memang boleh tengok cucu sebab setiap weekend sampai ke hari ni abah ulang alik KL ke Kedah without fail. Mana kerja di KPDNKK. Mana kerja di sini lagi. So don’t say he doesn’t care at all about Kedah or his work. You know nothing.

Dah berapa penggal dia jaga DUN? Fikirlah sendiri. Saya yang baru bekerja nak balik Kedah sebulan sekali pun rasa letih. Not a single word saying he’s tired working nearly forty years for his family and his rakyat.

Siapa yang tahu susah payah dia yet he never complained and still people talk shit about him. Macam saya katakan tadi, saya respect dan sangat okay dengan manusia yang sangat berhemah apabila mengutarakan pendapat.

Even he or she is my friend. I have no problem at all and love to hear that too. Use a decent language. Is it too hard? Bukan apa, takut yang doa kena panah petir tu Allah bayar cash. Walaupun sekarang bukan musim hujan.

I read somewhere saying, aku tak kisah dengan orang yang membenci. Aku cuma takut dengan mereka yang pura-pura suka. Believe me, I’m so grateful that I’ve cut you off before all this thing happen. At least kita boleh kenal mana satu kawan bila senang dan bermanis mulut (bila nak minta surat sokongan, nak minta bantuan/sponsor, nak minta tukar kerja, nak minta pinjam duit, nak minta tajaan tunggu tak boleh minta nyawa ja and the list goes on) dan mana satu kawan bila susah. Sikitpun saya tak menyesal. Sumpah.

Kalau abah ada salah dan silap dengan Mukhriz, and vice versa saya tak berapa risau sebab mereka boleh sama-sama minta maaf. Cuma keyboard warriors yang maksum dan confirm masuk syurga dah ready nak berjumpa dekat padang Mahsyar nanti? Sesiapa yang sungguh tak berkenan dekat abah, saya sarankan berdoalah pada Allah. Sesungguhnya doa “rakyat teraniaya” tiada hijab.

Berdoalah anda para keyboard warriors sekalian sebab kalau sumpah seranah bukan Allah dengar pun. Malaikat belah kiri asyik pulak mencatit. Kun faya kun. Jadi maka jadilah. Rezeki, ajal, jodoh Allah yang tentukan. What’s yours will always be yours, what’s not yours will never be yours. No matter how hard you fight for it. Jadi, mohon jangan gelabah sangat. Orang Kedah cakap jangan gelabah togei (its taugeh).

Insya Allah, saya wakil dari ahli keluarga meminta maaf dan memaafkan anda semua yang memaki, mencaci memfitnah sebab anda semua tak kenal abah. Takpa lah, abah dah takda mak ayah untuk dapat dakapan syahhhdu seorang ibu/bapa pemberi semangat dan ditenangkan macam dia. Tapi abah ada kami.

Saya juga doakan isteri/suami/anak/ahli keluarga keyboard warriors sihat hendaknya serta dirahmati Allah dunia akhirat, dapat belajar oversea dan tidak dipanah petir. Keyboard warriors kalau nak share mohon jangan separuh nanti takut jadi fitnah. Uhuks.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Yang benar,
Luahan hati anak bongsu.