Kawasan Dilanda Banjir Di Sarawak Semakin Pulih - Adenan Satem

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.
KUCHING – Keadaan banjir di kawasan yang dilanda banjir di Sarawak adalah di bawah kawalan dan hujan yang turun sejak tiga hari lepas dijangka semakin reda bermula hari ini, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata situasi itu semakin baik dan baraj di Sungai Sarawak membantu mengawal pergerakan air sungai.

Adenan memuji semua pihak berkuasa berkaitan kerana kerja keras mereka dan berjaya menguruskan pengagihan bantuan kepada mangsa banjir, serta berkata wujud kerjasama yang sangat baik.

Beliau bercakap kepada pemberita di Wisma Bapa Malaysia di sini selepas menghadiri taklimat yang disampaikan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah Kuching.

Banjir melanda beberapa kawasan di daerah Kuching, Bau dan Serian sejak beberapa hari lepas berikutan hujan dan air pasang, memaksa 5,688 mangsa berpindah ke pusat penempatan sementara, setakat tengah hari ini. – BERNAMA