ALOR SETAR - Kemelut politik kepimpinan UMNO Kedah bertambah panas apabila dikatakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubunga UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah telah menerima ugutan bunuh dari pihak yang tidak dikenali.
Ugutan bunuh terhadap Timbalan Menteri KPDNKK yang tertulis di atas sekeping kertas bercetak komputer tersebut dimuat naik oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Alor Setar, Maizatul Miza Md Desa.
"KAMI TURUN KE DARUL AMAN 1 JIWA SOKONG MUKHRIZ
"MAT BASHAH BANGSAT DI BUNUH SAJA!!!!!," tertulis di kertas berkenaan yang mengaku menyokong Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada laporan polis telah dibuat terhadap ugutan bunuh tersebut atau tidak.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada laporan polis telah dibuat terhadap ugutan bunuh tersebut atau tidak.
Memetik komen di status perkongsian tersebut, Saiful Anas mendakwa kertas bertulis ugutan tersebut diedar pihak tertentu di himpunan menyokong Mukhriz yang berlangsung di Stadium Darul Aman, semalam.
"Depa edaq dlm stadium hat niee semalam. . bg semua org mnyanyi," tulis Saiful Anas di ruangan komen status berkenaan.
Walau bagaimanapun, pihak Ultras Kedah 2009 - UK09 tampil menafikan bertanggungjawab mengedarkan kertas bertulis ugutan berkenaan.
Sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Ahmad Bashah dipertanggungjawab untuk mengetuai sidang akhbar bagi menyatakan pendiriang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Pengerusi parti di peringkat negeri dan Menteri Besar Kedah.

Akibatnya, Ahmad Bashah teruk diserang oleh penyokong dan jentera media sosial Mukhriz hampir setiap hari serta dituduh 'gila kuasa' mahu merebut jawatan Menteri Besar di negeri ini.
Ahmad Bashah sebelum ini merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang mengetuai gerakan merampas Kedah dari pentadiran PAS pada PRU 2013, sebelum memberi laluan kepada Mukhriz sebagai Menteri Besar atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. -Kedahnews.com