Kes Potong Anu Suami, Tertuduh Tukar Pengakuan Kepada Tidak Bersalah

Fatimah Abdullah
KUALA PILAH - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan kes seorang wanita tempatan yang didakwa memotong kemaluan suaminya, untuk didengar pada April depan.

Hakim Sazlina Safie membenarkan penangguhan itu dan menetapkan 11 April untuk sebutan semula kes tersebut.

Tertuduh Fatimah Abdullah, 51, yang sebelum ini mengaku bersalah telah menukar pengakuan kepada tidak bersalah pada hari ini dan meminta kes dibicarakan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zainudin, manakala Fatimah diwakili peguam J. Gunamalar.

Pada 28 Jan lepas, Fatimah mengaku bersalah di hadapan Sazlina selepas pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah.

Di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, Fatimah boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan. - BERNAMA