Skip to main content

Kisah Bandar Kecil Bernama Hamtramck Di Michigan Yang Dikuasai Muslim

BANDAR kecil Hamtramck dalam Michigan, Amerika Syarikat (AS), berdekatan dengan bandar Detroit dahulunya majoriti penduduknya berketurunan Amerika Polish (Poland).
Ia yang sama seperti bandar-bandar lain di AS itu mempunyai banyak binaan gereja Katolik Polish dan juga restoran yang menghidangkan makanan tradisional Poland. Malah setiap tahun terdapat sambutan yang dikenali Fat Tuesday bertujuan menghargai masakan pastri tradisional masyarakat Polish di bandar itu.
Perkara menarik mengenai bandar itu bermula pada November tahun lalu apabila penduduknya yang keluar mengundi bagi peringkat majlis perbandaran memilih perwakilan yang majoritinya beragama Islam, dipercayai yang pertama di AS.
Bandar yang dihuni oleh 22,000 penduduk itu dianggarkan kira-kira 60 peratus daripadanya adalah Muslim, malah dikatakan mempunyai lebih 12 buah masjid.
Pengarah Eksekutif Majlis Hubungan Amerika-Islam cawangan Michigan, Dawud Walid, berkata, pada masa ini ramai Muslim terlibat dalam proses politik di AS langsung tidak terjejas akibat daripada kempen Islamofobia di negara berkenaan.
“Selain Hamtramck, bandar Dearborn (Michigan) juga menunjukkan jumlah ahli dalam majlis perbandaran dan lembaga sekolah lebih banyak diisi oleh Muslim.
“Beberapa dekad lalu, Hamtramck telah menyaksikan kebanjiran pendatang asing. Berikutan itu, bandar kecil tersebut pada hari ini dikatakan dihuni oleh pendatang dari Yemen, Bangladesh, Bosnia dan Ukraine,” katanya.
Difahamkan terdapat kira-kira 32 bahasa digunakan di sekolah-sekolah sekitar Hamtramck. Malah, bukan satu perkara luar biasa apabila terdengar loceng gereja berbunyi semasa suara azan dari masjid dilaungkan di bandar kecil tersebut.
Antara perkara yang kekal konsisten sepanjang sejarah kewujudan bandar itu adalah penduduknya cukup aktif dalam politik iaitu satu sifat yang tidak begitu biasa di bandar kecil lain di AS.
Kebanyakan calon Muslim yang memenangi kerusi majlis perbandaran bandar itu menggunakan pendekatan bersederhana dan mengelak sebarang tindakan yang mampu mencetuskan ketegangan.
Antaranya ialah Saad Almasmari, 28, yang memperoleh undi terbanyak memilih untuk memfokuskan kepada usaha-usaha bagi menyelesaikan isu-isu yang kini dihadapi oleh penduduk bandar tersebut.
“Orang ramai memilih sesiapa yang mereka mahu kerana mereka mempunyai hak penuh untuk memilih calon yang layak,” katanya yang berpindah ke bandar itu pada tahun 2009 dan kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Wayne State turut menambah bahawa Hamtramck perlu berusaha untuk menarik lebih banyak peluang perniagaan baharu.
Tegas beliau: “Kami cuba untuk membawa lebih banyak syarikat dan perniagaan ke bandar ini. Untuk itu, perhatian perlu diberikan kepada sistem sekolah Hamtramck.
“Pada pendapat saya, sekolah adalah masa depan dan jika kita menyokongnya pasti kita akan mempunyai masa depan yang kuat.”
Meskipun wujud keharmonian dalam hubungan komuniti di bandar itu tetapi pada pilihan raya lalu itu hampir tercetus ketegangan kerana terdapat pihak yang menyebarkan risalah anti-Islam seperti ‘‘Keluarkan Muslim dari Hamtramck’.
Namun para penduduk termasuk beberapa calon lain membantah penyebaran risalah itu dengan menegaskan bahawa setiap penduduk Hamtramck tanpa mengira latar belakang perlu bekerjasama dan bersatu.
“Ini bukan soal Islam, ia adalah tentang khidmat kepada masyarakat. Saya tidak akan memasukkan elemen agama ke dalam politik kerana saya percaya politik adalah untuk semua orang,” kata Saad.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/muslim-kuasai-hamtramck-1.186445#sthash.Cy163Nid.dpuf

Sumber: Utusan