Korea Utara ‘Hadiah’ Bom Bahan Buangan Kepada Korea Selatan


SEOUL – Korea Utara dilaporkan sengaja ‘menghadiahkan’ ‘bom berisi bahan buangan’ kepada jirannya, Korea Selatan menerusi serangan udara.

Pemerintah Korea Utara, Kim Jong-Un memerintahkan tenteranya untuk menjatuhkan bom jenis tersebut di negara jiran mereka baru-baru ini.

Bimbang dengan ‘bom’ itu, pihak tentera Korea Selatan berhati-hati mengendalikan ‘hadiah’ yang diterima mereka kerana menyangkakan ia mengandungi bahan kimia serta nuklear berbahaya.


Tidak diketahui apakah sebab musabab Jong-Un tergamak bertindak sedemikian selain menggunakan taktik ‘dirty war’ yang memang tidak masuk akal itu.

Menurut kenyataan tentera Korea Selatan, sebaik ‘bom’ itu jatuh di tanah, mereka membuka beg plastik ternyata hanya mengandungi sampah sarap, gumpalan tisu dan abu rokok yang digulung dengan helaian surat khabar. –Kedahnews.com