SEPANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) masih menunggu pengisian jawatan Timbalan Menteri selepas penyandangnya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.
Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan membuat keputusan itu.
“Insyaallah, adalah itu…saya pun tidak tahu siapa (penggantinya),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Fasa 2 Pusat Pengagihan milik GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd di sini Isnin. – BERNAMA