Mohammad Sabu |
KUANTAN - Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui parti tersebut berdepan tugas getir dalam meraih keyakinan rakyat di negara ini.
Presidennya, Mohammad Sabu berkata, parti itu perlu berdepan dengan propaganda yang dimainkan pemerintah terutamanya membabitkan isu perkauman dan survival bangsa Melayu.
Namun parti tersebut tidak mahu mengalah dan akan bekerja keras dalam meraih keyakinan rakyat untuk bersama parti tersebut untuk membina masa depan lebih baik negara pada masa depan.
“Kita sedar dengan isu yang dimainkan oleh pemerintah dan ejen-ejennya seperti isu bagaimana bangsa Melayu untuk bertahan jika parti Umno kalah.
“Kita akur memang kita berdepan tugas sukar namun itu tidak melemahkan Amanah untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan pejabat Zon Timur Amanah di Jalan Bukit Sekilau di sini yang turut dihadiri Pengerusi Amanah Pahang, Dr Hamzah Jaafar; Ketua Penyelaras Amanah Parlimen Kuantan, Khairul Anuar Mohd Yusof; Ketua Penyelaras Amanah Parlimen Paya Besar, Mat Shukri Daud dan Pengerusi Penyelaras Parlimen Indera Mahkota, Abdul Aziz Ahmad.
Menurutnya, sehingga kini Pejabat Pendaftar (ROS) telah meluluskan cawangan di 110 buah kawasan Parlimen di seluruh negara dan Johor sedang mendahului negeri negeri lain dengan penubuhan di 17 buah kawasan Parlimen.
“Buat masa kini kita tumpukan pada pendaftaran untuk semua peringkat di kawasan parlimen dan cawangan selain mengembangkan pengaruh di kawasan kampung-kampung.
“Kita akan akan menjalankan pelbagai program antaranya sebaran risalah, ceramah, dialog berkelompok selain siaran akhbar secara berkala kerana sedar parti ini masih baru dan kurang dikenali lagi,” katanya lagi.
Sumber: Sinar Harian