Media "Hidu" Pertemuan Adun-Adun BN Di Grand Alora

Hotel Grand Alora
ALOR SETAR - Satu pertemuan di antara Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) sedang berlangsung di Hotel Grand Alora dekat sini.

Mereka yang hadir ialah Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah; ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abd. Hamid; ADUN Kuala Nerang, Datuk Badrol Hisham Hashim; ADUN Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain; ADUN Belantik, Datuk Tajuddin Abdullah; ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Zaini Japar; ADUN Kota Si Puteh, Datuk Abu Hassan Sharif; ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husain; ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin; ADUN Guar Chempedak, Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail dan ADUN Kulim, Chua Thiong Gee.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Mahdzir Khalid; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Ghazali Ibrahim serta Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Yusof Ismail.

Kebanyakan mereka enggan membenarkan gambar masing-masing dirakam.

“Ini bukan mesyuarat, cuma pertemuan biasa,” kata salah seorang daripada mereka yang enggan namanya didedahkan.

Sementara itu, sumber memaklumkan ADUN-ADUN PKR juga sedang mengadakan mesyuarat di pejabat mereka di sini.

Difahamkan pertemuan itu dibuat bagi membincangkan mengenai pendirian mereka bagi menghadap Jemaah Pemangku Sultan petang ini. -Utusan