MESTI TONTON: Baru Empat Hari, "Ola Bola" Kutip RM2.5 Juta


Filem berkonsepkan semangat berpasukan yang melibatkan watak lagenda bola sepak negara, "Ola Bola", yang mula ditayangkan pada 28 Januari lalu berjaya mencatat kutipan RM2.5 juta dalam masa 4 hari.

Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata filem itu bukan sahaja memaparkan sukan bola sepak, tetapi ia menunjukkan semangat perpaduan dan muhibbah yang ada di negara kita.


“Filem ini juga memiliki jalan cerita yang sesuai ditonton oleh semua lapisan rakyat di mana peminat sukan bola sepak boleh menikmati aksi bola sepak dan semangat berpasukan.

"Manakala penonton yang meminati aksi komedi pasti akan terhibur dengan gelagat lucu yang ditampilkan," katanya yang dipetik dari Awani


Selain itu, filem berkenaan turut mengimbas kembali era kegemilangan sukan bola sepak negara sekitar tahun 1980'an selain mempamerkan trend di zaman itu melalui kostum, fesyen rambut dan sebagainya.

“Ola Bola turut membawa penonton mengimbau kembali era tahun 80-an menerusi pakaian, rambut, pesta karnival dan stadium pada ketika itu,” kata Henry lagi. -Kedahnews.com