PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika melawat ibu pejabat Apple di Cupertino, California, semalam. - Foto BERNAMA |
CUPERTINO, California - Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia berminat untuk bekerja lebih rapat dengan Apple Inc, syarikat pengeluar telefon pintar iPhone.
Perdana Menteri berkata demikian selepas melawat ibu pejabat Apple di sini, semalam.
Beliau berkata, Malaysia turut meminta syarikat berkenaan mempertimbangkan saranan membuka cawangan Apple di Malaysia.
Ia akan menjadi cawangan kedua di Asia Tenggara selepas premis yang dicadangkan dibuka di Singapura.
"Kita berharap dapat berbincang dengan Apple untuk terbabit dengan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama pihak lain bagi memanfaatkan teknologi ke arah meningkatkan aspek pendidikan kanak-kanak di Malaysia," katanya.
Najib mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Operasi (COO) Apple, Jeff Williams, dan beberapa pegawai syarikat itu dalam lawatan satu jamnya.
"Ketika ini, ada 10 sekolah di Malaysia yang menggunakan teknologi Apple dalam proses pembelajaran," katanya.
Sumber: Berita Harian