Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), Dr Zamihan Mat Zain |
MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kecewa selepas pelawaannya untuk berdebat pada 10 Februari ini ditolak oleh Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), Dr Zamihan Mat Zain.
Beliau menerusi kenyataan yang dimuatnaik di halaman Facebook menzahirkan kekesalannya berikutan Zamihan memberikan alasan kononnya mempunyai program dengan banduan pada tarikh berkenaan yang mana Presiden ASWJ itu tidak sepatutnya memberikan alasan demikian.
“Saya sebenarnya tidak mahu lagi terlibat dengan diskusi panas namun, pada 4 Januari lepas Zamihan membuat cabaran lagi untuk berdebat dengan saya pada bila-bila masa, di mana sahaja, siapa sahaja peserta dan apa sahaja formatnya, saya rasa beliau sudah terlalu melampau mencari perbalahan.
“Beliau juga menyuruh saya letak jawatan mufti jika tewas dengan beliau. Apatah lagi beliau menggunakan tiket Kementerian Dalam Negeri untuk melabel pihak itu dan ini sebagai pengganas,” katanya dalam kenyataannya yang dikongsikan.
Menurut Mohd Asri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kebetulan mengatur satu diskusi antara beliau dengan Zamihan dan beliau bersetuju.
“Walaupun sepatutnya saya dalam hal seperti ini meminta perkenan pihak Istana Arau terlebih dahulu, namun saya berijtihad untuk terus setuju dan menunda semua program pada 10 Februari. Tiba-tiba Zamihan pula tidak bersetuju. Kononnya ada program dengan banduan pada tarikh berkenaan.
“Saya tertanya-tanya beliau yang sebut dahulu 24 jam, sepatutnya tiada alasan.
“Tidak bolehkah minta pihak banduan jangan ke mana-mana selepas 10 Februari untuk program gantian. Saya tidak fikir banduan terlalu sibuk dengan banyak urusan dalam penjara tersebut. Saya hairan,” sindirnya.
Bagaimanapun, Mufti Perlis mendakwa, Zamihan sebenarnya turut diberi tarikh sehingga 17 Februari dan wajar memberi kelapangan untuk perkara itu.
Selepas tarikh 17 Februari, jika Zamihan masih tidak mahu, Mohd. Asri anggap ‘tutup kes’.
“Saya akan banyak ke luar negara selepas itu. Saya harap beliau berhentilah mencerca, memfitnah dan mengkafirkan sesama muslim seperti yang selalu kita saksikan dalam video-videonya.
“Jika beliau tidak mahu dialog, saya tidak memaksa. Beliau yang sebenarnya memulakan idea ini,” katanya. -Kedahnews.com
Beliau menerusi kenyataan yang dimuatnaik di halaman Facebook menzahirkan kekesalannya berikutan Zamihan memberikan alasan kononnya mempunyai program dengan banduan pada tarikh berkenaan yang mana Presiden ASWJ itu tidak sepatutnya memberikan alasan demikian.
“Saya sebenarnya tidak mahu lagi terlibat dengan diskusi panas namun, pada 4 Januari lepas Zamihan membuat cabaran lagi untuk berdebat dengan saya pada bila-bila masa, di mana sahaja, siapa sahaja peserta dan apa sahaja formatnya, saya rasa beliau sudah terlalu melampau mencari perbalahan.
“Beliau juga menyuruh saya letak jawatan mufti jika tewas dengan beliau. Apatah lagi beliau menggunakan tiket Kementerian Dalam Negeri untuk melabel pihak itu dan ini sebagai pengganas,” katanya dalam kenyataannya yang dikongsikan.
MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin |