PELAKON dan usahawan tudung berjaya, Neelofa Mohd Noor baru-baru ini dikecam netizen gara-gara memuat naik gambar penghantaran pos produknya ke Israel.
Peminat dan pengikutnya menerusi laman sosial Instagram mengecam perbuatannya yang menghantar barangan hijabnya kepada penduduk di negara Zionis tersebut.
Menulis kapsyen, “It’s from Israel. Thank you, Alhamdulillah”, Neelofa dikatakan tidak sensitif yang mana negara kita tidak mengamalkan sebarang hubungan diplomatik dengan rejim Israel.
Walaupun ramai yang mencemuh hos program Meletop itu, namun ada juga yang mempertahankan Neelofa dan memujinya kerana sanggup berniaga kepada umat Islam yang ditindas di kawasan bergolak itu.
Neelofa, 27, menguasahakan perniagaan tudung, Naelofar Hijab yang mana lokasi butiknya terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Dia sebelum ini dilaporkan meraih jualan sebanyak RM50 juta tahun lalu menurut sumber portal berita antarabangsa BBC. – Kedahnews.com