Doris Jones |
KUALA LUMPUR – Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) hari ini menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi laman sosial itu.
Presiden IRIMM Amir Amsaa Alla Pitchay berkata tindakan individu itu adalah biadap dan tidak menghormati pemimpin yang dipilih rakyat.
“Cara yang dilakukan Doris Jones ini seperti keanak-anakkan dan tidak matang langsung.
“Ia tidak menghormati pemimpin negara dan tindakan yang dilakukan ini seperti cuba menghasut orang lain membenci pemimpin negara dan telah mencetuskan kemarahan orang ramai,” katanya kepada Bernama selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul semalam.
Pada Selasa lepas, akaun Facebook yang menggunakan nama Doris Jones telah memuat naik status yang seolah-olah menyamakan Ahmad Zahid sebagai anjing.
Perbuatan individu itu yang dipercayai penduduk Sabah yang menetap di London, telah menimbulkan reaksi pelbagai pihak. – BERNAMA