"PDRM Memang Patut Kena Hina, Bertindak Macam Dajal" - Pengguna Facebook


Beberapa pengguna laman sosial mendakwa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebagai layak dihina dengan alasan pihak berkuasa itu menggunakan nama dan lambang Allah, tapi bertindak bagaikan "dajal".

Pemilik akaun laman Facebook yang dikenali sebagai "Taichi Musashi Kamiya" atau Ikram Hakimi Mohd Hassan berkata demikian ketika mengulas laporan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk memanggil anak bekas Timbalan Perdana Menteri untuk disoal siasat.

"Taichi Musashi Kamiya"
"Hahaha mmg patut kena hina pun. Guna nama dan lambang Allah tapi bertindak cam dajjal," tulis Taichi Musashi Kamiya diruangan komen page Facebook kami, baru-baru ini.

Selain itu, pemilik akaun Facebook "Yura Sakura" pula mengatakan tindakan anak Tan Sri Muhyddin Yassin itu adalah betul dan mendakwa 90 peratus dari anggota PDRM terlibat dengan amalan rasuah.

Yura Sakura
"Dh mmg btl pn... mmg patut logo pdrm tu di tambah uncang duit.la ni zaman skg polis 90 persen semua lintah rasuah," tulisnya.

Seorang pengguna Facebook lain, Kanaga Rajan pula menggelar PDRM sebagai "taik kucing" dan menyindir pasukan itu terasa setelah rasa "pedas" dengan tindakan Farhan Yassin menghina lambang yang tersemat di dada puluhan ribu anggota polis berkenaan.

Kanaga Rajan
"Siapa makan cili dia rasa pedasnya!!! Pasukan keselamatan konon...! Taikkkk kucinggggg!!!!," tulisnya di ruangan komen berkenaan.

Namun begitu, beberapa pengguna Facebook bertindak membela tindakan PDRM dan menggesa pasukan keselamatan itu untuk menahan sesiapa saja yang cuba memalukan pasuka beruniform tersebut.

"Jangan bagi muka.....kalau perlu tahan saja...peduli apa dia anak sapa....dia dah memalukan PDRM...nak biar juga?," tulis Anas Mohamad.

Raja Pa Raja Nordin pula mengatakan bahawa tindakan tidak wajar anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah mengguris hati berpuluh-puluh ribu anggota PDRM di seluruh negara yang selama ini berkhidmat untuk rakyat.

"Dengan perbuatan ini .. menguris perasaan berpuluh2 ribu angota polis.." tulisnya.

Mohd Pauzi pula mengaitkan Muhyiddin sebagai gagal mendidik anak beliau untuk menjadi rakyat Malaysia yang baik dan kerana itulah dia bersikap biadap dengan mengubahsuai logo pasukan PDRM.

"Bekas tpm tak sekolahkan anak dia bagaimana nak jadi rakyat malaysia yg sejati...sb tuu la jadi mcm ni..kurang ajar," tulisnya.

Hina Logo PDRM: Bukit Aman Akan Panggil Anak Bekas TPM
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya baru-baru ini memberitahu, tindakan memanggil anak kepada Muhyiddin itu bagi memberi peluang kepadanya menjelaskan apa yang dimaksudkannya berhubung tindakan mengubahsuai logo pasukan itu.

Gambar logo pasukan itu yang diubah suai dan ditambah gambar uncang duit dimuat naik di akaun Instagram milik Farhan. -Kedahnews.com