Gambar Hiasan |
Pelajar yang beragama Islam itu bersekolah di sekolah berorientasi Islam yang mana telah termaktub peraturan sekolah bahawa pelajar boleh dikenakan hukuman sekiranya bercakap dengan mana-mana rakan berlainan jantina melainkan mereka bersaudara.
Ibu bapa pelajar berusia belasan tahun itu kemudiannya melaporkan hal tersebut kepada akhbar Sunday Times mengatakan polisi sekolah itu sebagai tidak masuk akal dan tidak mengikut budaya hidup masyarakat di Britain.
“Bagaimana pelajar-pelajar ini hendak bergaul dan berkembang minda sekiranya mereka dilarang daripada berkawan dan bercampur dengan rakan berlainan jantina. Perkara ini memang tak masuk akal.
“Bagi saya, sebagai seorang Muslim, sekiranya saya menghantar anak saya ke sekolah berorientasikan agama Islam, jika anak bercakap dan bergaul dengan baik sama ada dengan rakan lelaki atau perempuan, itu tidak menjadi masalah.
“Asalkan mereka bergaul tidak melampaui batas dan menjaga tatasusila sebagai seorang yang beragama Islam. Ini kerana perkara itu tidak dilarang dalam agama Islam. Saya tak faham dengan peraturan yang tidak boleh diterima akal ini,” kata ibu pelajar terbabit.
Sekolah berkenaan mula beroperasi sejak bulan Julai 2003 dengan menawarkan khidmat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Sementara itu menurut jurucakap sekolah terbabit, Mark Thomas berkata: “Peraturan sekolah sudah jelas tertulis yang mana mereka melarang sebarang bentuk komunikasi yang tidak selari dengan matlamat sekolah itu ditubuhkan”. –Kedahnews.com