Jertih - Seorang pelajar perempuan tingkatan dua dan murid tahun satu terbunuh dalam dua kemalangan berasingan di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah berkata, pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Renek di sini, terbunuh dalam akibat dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika mangsa menyeberang Jalan Tembila untuk ke sekolahnya, 7.20 pagi semalam.
Katanya, mangsa dikenali sebagai Nurul Syahindah Mohd Paizu, 14, dari Kampung Gong Penaga, di sini.
Dalam kemalangan lain, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Jerteh maut dilanggar sebuah kereta Perodua Kancil ketika menyeberang jalan di Jalan Kampung Pulau Panjang, di sini, kira-kira jam 8.10 malam semalam. - Bernama