Pemilik Terus Jual Rumah Lepas Selfie Nampak Syaitan Kambing

LONDON – Rumah paling berhantu di Britain akan dijual lagi, selepas pemiliknya mengadu trauma dengan hantu syaitan berbentuk kambing.

Pemilik rumah itu, Vanessa Mitchell, 43; bertahan selama 11 tahun di rumah tersebut dan langsung tidak mengetahui mengenai sejarah rumah hantu itu ketika berpindah masuk pada 2004.

Rumah yang dikenali sebagai Cage itu merupakan bekas penjara dengan lapan wanita pernah telah meninggal dunia di situ selepas dituduh menjadi ahli sihir pada abad ke-16.

Vanessa mendakwa melihat banyak hantu di ruang tamu rumah yang terletak di Essex itu dan pernah ditolak ketika sedang sarat mengandung, dipukul di punggung dan menyaksikan darah bertaburan di atas lantai.


Namun dia tetap tinggal di situ, sekali gus menjadikan Vanessa sebagai penghuni kedua yang mampu bertahan lama. Penghuni sebelumnya hanya mampu bertahan selama empat tahun.

Kini Vanessa memutuskan untuk melelong hartanah tersebut selepas gambar selfie yang dirakamkannya menunjukkan imej syaitan berkepala kambing di bekalangnya.

“Saya percaya rumah ini berhantu,’’ katanya yang tidak pernah dimaklumkan mengenai latar belakang rumah berkenaan ketika membelinya. -Kedahnews.com