Pengeluar coklat antarabangsa "Mars" telah menarik balik jualan produk keluarannya seperti Mars, Snickers dan Milky Way di 55 buah negara selepas beberapa kepingan plastik dijumpai dalam produk tersebut.
Produk yang dikatakan terjejas adalah melibatkan coklat-coklat dengan tarikh luput sebelum 19 Jun 2016 hingga 8 Januari 2017.
Coklat yang ditarik balik itu juga adalah melibatkan produk yang dibuat di kilang Mars yang terletak di Veghel, Belanda.
Sebelum itu, Mars hanya mengumumkan penarikan coklat berkenaan di Jerman sahaja.
Kepingan plastik yang ditemui dalam batch coklat tersebut dikhuatiri boleh menyebabkan pelanggan tercekik. – Kedahnews.com