Peserta berhimpun petang semalam mendesak kerajaan agar menaikkan harga getah. |
BALING - Kira-kira 150 penoreh getah berhimpun di tapak pekan sehari Kampung Lalang, Siong, di sini, semalam, bagi mendesak kerajaan menaikkan harga getah yang kini berada di paras membimbangkan.
Dalam perhimpunan yang diadakan kira-kira jam 3.30 petang itu, peserta turut mempamerkan beberapa pelekat yang meluahkan keperitan hidup sebagai penoreh.
Penoreh, Abu Hassan Md Saad, 63, berkata, perhimpunan itu yang keempat diadakan tahun ini berikutan penoreh semakin tertekan dengan kejatuhan harga getah.
Menurutnya, kepayahan mencari hasil menoreh diburukkan lagi dengan kenaikan harga barang dan caj Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada pengguna.
“Dulu saya pernah sertai perhimpunan di Baling pada 1974. Kesan bantahan itu harga getah naik dari 35 sen kepada 60 sen untuk setengah kilogram.
“Tapi sekarang keadaannya berlainan, harga sekilo getah baru RM1.65 sen dan terpaksa pula dibahagi dua bagi yang ambil upah,” katanya di sini, semalam.
Pembeli turut terbeban
Pembeli getah berlesen, Firdaus Abdullah Halim, 33, berkata, keuntungan hasil menjual semula getah kepada pengilang tidak menguntungkan.
Katanya, pembeli sepertinya terbeban dengan keadaan semasa memandangkan harga getah tidak menentu.
“Harga selalu turun naik, contohnya pagi naik, petang harga turun, ia tak menentu. Jadi saya hanya boleh letak kepada kilang dengan harga rendah.
“Malah, keadaan harga getah ketika ini turut menyebabkan penjual getah meminjam duit daripadanya,” katanya.
Jelasnya, penjual terpaksa membuat pinjaman walaupun sudah menjual hasil getah yang mereka peroleh kerana pendapatan terlalu rendah.
“Mereka pinjam semata-mata mahu beli barangan keperluan keluarga,” katanya
Pengerusi Persatuan Orang Asli, Kim Siu Negeri Kedah, Razali Kulim, 36, pula berkata, beliau hadir ke perhimpunan itu bagi mendesak kerajaan membantu penoreh.
Beliau berkata, masyarakat Orang Asli juga turut terkesan dengan kejatuhan harga tanaman itu sehingga memaksa mereka mencari pendapatan tambahan.
“Dulu kami kurang buat kerja tambahan, tapi hari ini masyarakat Orang Asli terpaksa lakukan kerja tambahan seperti menebas dan cari rotan untuk tampung kehidupan,” katanya yang mengakui kenaikan harga barang turut menjejaskan mereka.
Minta kerajaan lebih prihatin
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah (Pergetah), Mohd Taufik Yaacob berkata, perhimpunan itu diadakan bertujuan untuk meluahkan rasa tidak puas hati penoreh terhadap kerajaan yang gagal memulihkan kejatuhan harga getah.
Menurutnya, kehidupan rakyat di luar bandar begitu tertekan dengan keadaan ekonomi semasa.
“Menteri komoditi juga disaran berundur dengan cara baik dan menyerahkan jawatan itu kepada individu lebih layak jika tidak berupaya selamatkan harga getah,” katanya.
Tambahnya, perhimpunan itu juga memberi petanda kepada pihak berkaitan dalam sektor getah agar menaikkan harga getah dan menurunkan harga barang.
“Pihak Pergetah juga tidak teragak-agak untuk mendesak kerajaan supaya lebih prihatin secara berterusan.
“Kami juga sedia bekerjasama sama ada dengan mana-mana parti politik bagi memperjuangkan nasib penoreh,” katanya.
Sumber: Sinar Harian