Perkahwinan Wanita Gemuk Hancur Selepas Berubah Jadi Kurus

Angela Crickmore sebelum dan selepas
Seorang wanita di Britain yang gemuk berjaya mendapat inspirasi untuk mengurangkan berat badan sebanyak 31 kilogram namun gaya hidup sihat yang diamalkannya itu telah membawa kepada keruntuhan perkahwinannya.

Angela Crickmore, 36, dari London, sebelum ini mempunyai berat badan sebanyak 83 kilogram dan sering kali berasa penat dan sukar berjalan jauh.

Meskipun zaman remajanya Angela adalah kurus namun selepas berkahwin, berat badannya naik mendadak akibat jarang buat aktiviti sihat, sebaliknya lebih sukar memasak dan menonton televisyen bersama suaminya.

“Saya rasa cantik malah suami saya juga menganggap saya cantik. Namun tekanan daripada rakan-rakan dan keluarga menyebabkan saya hilang keyakinan diri,’’ katanya.

Bagaimanapun pada Disember 2011, apabila Angela bertemu dengan rakannya Karla yang lebih kurus daripadanya, barulah Angela mendapat inspirasi untuk mengurangkan berat badan.

Sejak itu dia mula mencari diet yang sesuai. Makanan yang diambil juga dalam kuantiti yang sedikit dan sejak itu berat badannya mula turun.

Dia juga tidak lagi berasa malu untuk ke gim. Bagaimanapun tanpa diduganya keadaan itu mempengaruhi perkahwinannya disebabkan gaya hidup sihat diamalkannya itu menjadi rintangan dalam perkahwinan mereka.

Ini kerana dia dan suaminya mempunyai keutamaan yang berlainan dan akhirnya perkahwinan selama sembilan tahun itu terlerai jua.

Angela bagaimanapun tidak mahu menyesali perkata berkenaan malah dia gembira dengan pencapaiannya pada hari ini. -Kedahnews.com