Perkeso Sumbang 4 Mesin Hemodialisis Kepada Hospital Langkawi

Gambar Hiasan
LANGKAWI - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini menyumbang empat unit mesin hemodialisis kepada Hospital Langkawi di sini, menjadikan jumlah mesin tersebut kepada 28 unit.

Pengurus Besar Cawangan Perubatan dan Pemulihan Perkeso, Datin Dr Nik Amsharija Mohamed berkata, awal tahun ini pertubuhan itu menyumbang empat unit kepada Hospital Sungai Buloh, Selangor.

"Kita akan terus menyumbang untuk memenuhi keperluan pesakit di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan itu di Hospital Langkawi.

Katanya, lebih 12,000 pesakit yang mencarum dengan Perkeso telah mendapat rawatan di hospital seluruh negara.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai berkata, terdapat 36,000 pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis di seluruh negara termasuk di hospital kerajaan dan swasta. - Bernama