Pertemuan Azmin - Ahmad Yaakob Dijangka Cetus Spekulasi DAP, Amanah

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengadakan kunjungan ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub, Jumaat lalu.

Ia dalam usaha beliau mengekalkan kerjasama diantara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selain mendapatkan sokongan penyokong PAS ke atasnya.

“Menteri Besar Kelantan menerima kunjungan Mohamed Azmin di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan selepas solat Jumaat di Masjid Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan,” lapor laman Facebook Ahmad baru-baru ini.

Tindakan Mohamed Azmin itu bagaimanapun satu tamparan hebat ke atas musuh PAS iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) yang merupakan sekutu PKR dalam Pakatan Harapan.

DAP dan PAN sebelum ini mendesak supaya PKR memecat semua pemimpin PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan Selangor.

Desakan itu bagaimanapun diabaikan oleh Mohamed Azmin walaupun desakan sama turut dilontarkan beberapa pemimpin PKR.

Difahamkan Azmin memberi alasan bertemu PAS bagi mengelak pertembungan 3 penjuru berdepan PAS pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dijangka berlangsung pada Mac ini.  –Kedahnews.com