PKR Cuba "Hasut" Adenan Satem Sekat "Cikgu Det" Masuk Sarawak

Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahadzir Khalid
ALOR SETAR - Setelah beberapa waktu "sepi" mungkin ketandusan isu, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian tampil bersuara apabila meminta Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Adenan Satem menyekat Menteri Pendidikan daripada memasuki negeri Sarawak.

Baru Bian dalam satu kenyataan meminta penjelasan dari Adenan mengapa Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahadzir Khalid tidak dihalang memasuk negeri ini.

Beliau mahu Adenan jelaskan alasan kukuh mengapa pihak kerajaan negeri tidak menyekat kehadiran menteri itu, sedang pemimpin PKR diharamkan tanpa sebarang alasan.

Baru Bian yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ba’kalalan menyifatkan Mahdzir sebagai anti-kristian kerana didakwa menghina penganut agama itu dalam satu kenyataan tahun lalu.

"Ketua Menteri telah berjanji untuk menghalang pelampau agama daripada memasuki Sarawak.

"Saya mahu dia jelaskan mengapa fanatik agama ini (Mahdzir) adalah dialu-alukan ke Sarawak apabila kerajaan mengharamkan pemimpin pembangkang tanpa alasan yang kukuh," katanya.

Bagaimana pun kenyataan Baru Bian dilihat kebudak-budakan oleh ramai pihak di negeri itu kerana kehadiran Mahdzir adalah untuk berbincang pelbagai perkara penting berkenaan pembangunan pendidikan negeri dengan Kerajaan Negeri Sarawak.

Setakat ini, gesaan Baru Bian itu tidak dilayan dan tidak dipedulikan oleh pihak Kerajaan Negeri berkenaan. - Kedahnews.com