Setiausaha DAP Batu Kawan, M Satees |
GEORGETOWN - Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang perlu bersikap terbuka dan berfikiran luas sebelum menuduh kerajaan negeri tidak matang dalam isu pengguguran dua Adun PKR dari agensi dan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).
Setiausaha DAP Batu Kawan, M Satees berkata, tindakan dua Adun PKR dalam sidang Dun lalu sebenarnya menunjukkan parti itu secara terang-terangan menentang dan mensabotaj Kerajaan Pulau Pinang.
Beliau berkata, sebagai Adun yang berada dalam kerajaan, mereka tidak sepatutnya mengambil keputusan berkecuali kerana ia seolah-olah menyokong usul yang dikemukakan pembangkang iaitu BN.
"Saya rasa AMK harus membimbing dua Adun mereka supaya lebih matang sebelum menuduh Kerajaan Pulau Pinang tidak matang dalam membuat keputusan itu.
"Mengapa tidak kritik sikap dua Adun mereka apabila mengambil sikap berkecuali dalam sidang Dun lalu? Adakah tindakan Kerajaan Pulau Pinang itu dilihat satu tindakan matang?," katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Satees berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Penerangan AMK Pulau Pinang, Haidhar Auni Dzolkapli yang menyelar tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng terhadap kedua-dua Ddun itu yang mencerminkan sifat tidak matang dalam pemerintahannya.
Haidhar berkata, Guan Eng sepatutnya menghormati perjanjian bersama Pakatan Harapan yang ditandatangani PKR, DAP dan Amanah dan tindakan pengguguran itu melambangkan pimpinan Guan Eng sebenarnya berat sebelah dan bersifat autokrat.
Satees mendakwa sehingga kini, PKR tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Adun terbabit.
"Kita mahu tahu apa tindakan terhadap mereka. Apakah tindakan tidak menyokong kerajaan yang diwakili PKR sendiri dianggap satu perkara yang boleh diterima?
"Mereka mempunyai ruang yang cukup untuk menyuarakan pendapat mereka di peringkat parti dan pelbagai jawatankuasa majlis mesyuarat kerajaan negeri yang dianggotai mereka sendiri," katanya.
Beliau kesal kerana Adun terbabit memilih untuk menunjukkan ketidakpuasan mereka di dalam Dun.
"Jika tidak sokong kerajaan negeri pada masa yang diperlukan, kenapa mahu jawatan dalam GLC Pulau Pinang.
"Sikap mereka ini bukan sahaja tidak matang tetapi kebudak-budakan.Rungutan sebegini saya ibaratkan seperti budak-budak merajuk kerana tidak dapat gula-gula" katanya.
Satees turut membidas tindakan Adun PKR yang menangis dalam sidang Dun hanya kerana isu remeh yang diketengahkannya.
"Adakah menangis dalam sidang Dun satu tindakan yang matang. Menangis seolah-olah kerajaan negeri menindas sesuatu kawasan itu apabila isu-isu yang dibawa adalah isu remeh yang boleh diselesaikan di peringkat jawatankuasa keselamatan dan kemajuan komuniti (JKKK) atau pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja.
"Perkara tidak matang seperti itulah yang dijadikan modal oleh Presiden Umno dalam Perhimpunan Agung Umno untuk menyerang Pakatan Harapan," katanya.

Sumber: Sinar Harian