Perdana Menteri Bulgaria, Boiko Borisov |
SOFIA - Perdana Menteri Bulgaria, Boiko Borisov menerima surat ugutan bunuh, bagaimanapun beliau tidak bimbang dengan perkara itu dan menyifatkan ia mempunyai kaitan dengan usahanya memerangi salah laku rasuah dan penyeludupan.
Dilaporkan, surat misteri yang dihantar ke pejabat kerajaan itu mengandungi gambar Borisov dan sebutir peluru, serta mesej berbaur ugutan.
Pejabat media kerajaan mengesahkan surat ugutan itu telah dihantar tetapi enggan mengulas lanjut.
"Apabila anda kutip hampir £1.2 bilion (RM7.08 bilion) daripada aktiviti penyeludupan, ia menjejaskan kepentingan dalam rokok, minuman keras, gula dan daging... apabila anda 'memberhentikan' seseorang setiap hari... semua orang perlu terima keadaan ini," kata Borisov kepada pemberita.
Borisov telah membatalkan beberapa perolehan besar dalam beberapa minggu lalu atas alasan berbeza, dengan menjelaskan bahawa beliau tidak mahu membiarkan sebarang keraguan terhadap kemungkinan rasuah.
Mengikut Indeks Persepsi Rasuah bagi 'Transparency International 2015', Bulgaria menduduki tangga teratas bagi negara paling korup di Kesatuan Eropah (EU). - Reuters