Gambar Hiasan |
IPOH – Polis kini giat mengesan individu yang bertanggungjawab mendera seorang kanak-kanak perempuan sehingga meninggal dunia di Menglembu, di sini, Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata pihaknya telah mengambil keterangan beberapa saksi termasuk ibu bapa kanak-kanak berkenaan bagi membantu siasatan.
“Sehingga kini kita sedang siasat siapa yang bertanggungjawab (mendera kanak-kanak itu)… ibu bapa atau penjaga. Semasa didera, siapa yang menjaga mangsa ketika itu,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Kayuhan Beca 1Malaysia di sini hari ini.
Hasnan berkata kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah klinik kesihatan berhampiran akibat sesak nafas.
Hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan kecederaan dan lebam di bahagian kepala mangsa. – BERNAMA