Farah Fauzana Binti Mohd. Fadzil |
FARA Fauzana atau nama sebenarnya Farah Fauzana Binti Mohd. Fadzil yang berkhidmat di HotFM sejak tahun 2006 bakal menamatkan khidmatnya selepas 10 tahun di stesen radio yang sama.
Pengumumam mengenai perkara itu dibuat oleh Pengarah Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul yang dahulunya juga merupakan seorang penyampai radio selain disahkan sendiri Fara.
Fara mengakui bahawa pengunduran ini bertujuan untuk mendekatkan diri dengan Tuhan, sekali gus memberi ruang untuk dirinya sendiri.
“10 tahun saya bersama HotFM, banyak pengalaman dan ilmu yang saya dapat. Saya berhenti bukan nak pindah ke radio lain tapi untuk memberi ruang kepada diri saya dan ingin mendekatkan diri dengan Allah” katanya.
Beliau menyatakan demikian pada majlis sidang media pengumuman pengunduran empat penyampai HotFM. termasuk ada dipindahkan ke stesen Ultra FM 101.3 yang baharu diambil alih syarikat Media Prima Berhad.
Kekangan masa dan jadual yang begitu padat juga antara faktor yang menyebabkan Fara membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai penyampai radio.
“Contohnya kalau saya nak ke usrah kadang-kadang tak dapat nak hadir sebab dijalankan pada waktu pagi ketika saya bertugas. Selain itu, masa untuk saya memberi perhatian kepada kerja-kerja kebajikan juga terhad.
“Apabila sudah berhenti inilah masanya untuk saya memenuhi tuntutan tersebut,” katanya lagi. -Kedahnews.com