Rai Ulangtahun Ke-4: "Selamat Hari Kita" Yusri Dan Lisa Surihani


PASANGAN selebriti popular, Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani masing-masing mewarkahkan ucapan romantis buat satu sama lain sempena ulang tahun keempat perkahwinan mereka semalam.

Dengan memuat naik gambar di laman sosial Instagram, Lisa menulis ringkas: ‘Kita sudah genap empat tahun hari ini. Selamat Hari Kita, Yang’.


Manakala Yusry menitipkan ucapan ulang tahun keempat perkahwinan mereka lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata mereka, Yahaira Leanne yang dilahirkan pada 15 September tahun lalu.

Yusry menulis: “Ulang tahun keempat perkahwinan kita lebih bermakna dengan kehadiran Yahaira. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya dan anak ketika kami memerlukan kamu.

“Detik ini untuk diraikan dari sekarang dan hingga tahun mendatang. Insya-Allah. Selamat Hari Kita. I Love You, Lisa Surihani," tulisnya. -Kedahnews.com