Tidak tahu apa yang bakal berlaku pada seorang remaja lelaki berusia 16 tahun apabila dia diumumkan sebagai pemenang sebuah pertandingan online dan hadiahnya adalah "tinggal selama sebulan dengan bintang filem lucah di sebuah hotel di Moscow, Rusia.
Remaja itu, Ruslan Schedrin, 16, berkata pada mulanya dia tidak menyangka memenangi hadiah itu namun selepas kemenangan itu disahkan, dia meluahkan rasa gembira yang tidak terkata.
Ruslan turut berterima kasih kepada laman web berkenaan kerana memilihnya untuk menetap bersama dengan wanita terbabit, Ekaterina Makarova.
Ekaterina Makarova |
“Saya menghubungi kawan-kawan dan mereka juga pada awalnya tidak percaya tetapi kini mereka gembira bagi pihak saya,’’ katanya.
Walau bagaimanapun, ibu remaja tersebut, Vera Schedrina membantah keras kemenangan anaknya itu dan bertegas bahawa remaja itu perlu mengulang kaji pelajaran memandangkan peperiksaan di sekolahnya semakin hampir.
"Ini tidak betul. Sebulan, kalau seminggu pun sudah melampau!
"Mereka sepatutnya beri wang tunai sahaja. Bagaimana mereka boleh mendapat idea tersebut dan untuk budak berusia 16 tahun, ia amat mengejutkan.
"Saya tidak pernah berjumpa dengan perempuan itu," tegas Vera, sekaligus mencetus pergaduhan di antara ibu yang membantah dengan anak yang gembira untuk bersama pelakon pornografi di bilik hotel selama sebulan.
Meskipun Vera menyatakan Ruslan berusia 16 tahun, tetapi data identiti menunjukkan bahawa umur sebenar Ruslan baru mencecah usia 14 tahun. –Kedahnews.com