Rombongan Meminang Kecewa Ditipu Gadis Dari Kelantan

Gadis yang dimaksudkan
Seorang lelaki yang berasal dari Negeri Sembilan sanggup menghantar rombongan keluarganya merentasi beberapa buah negeri sejauh 497 kilometer demi meminang gadis idamannya yang tinggal di Kelantan.

Namun sesampainya di negeri Serambi Makkah itu, dia menerima ‘kejutan’ daripada gadis yang berusia 20 tahun itu.

Dalam satu posting menerusi akaun Facebook yang dikatakan telah ditulis oleh adik lelaki itu, keluarganya berasa sangat gembira apabila mengetahui abangnya ingin mendirikan rumah tangga.

Setelah perbincangan bersama wanita itu berlaku, pihak lelaki bersetuju untuk menghantar rombongan ke Kelantan bagi bertemu sendiri dengan keluarga bakal menantu mereka.

Segala persiapan telah dilakukan malah cincin juga sudah dibeli. Setibanya hari yang dinantikan, keluarga lelaki memulakan perjalanan mereka ke Kelantan.

Sepanjang perjalanan itu, wanita itu  kerap menghantar mesej bertanyakan perkembangan perjalanan mereka.

Namun apabila tiba di Kelantan, lain pula yang jadi.

Berikut adalah kisahnya... - Kedahnews.com