Maha Aphichat |
BANGKOK – Sentimen anti-Islam di Thailand dikatakan semakin berkembang pesat, berikutan kepercayaan karut beberapa sami Buddha tempatan bahawa agama mereka kini sedang diancam oleh penyebaran luas agama Islam.
Ini diburukkan lagi oleh konflik politik dalam kalangan penganut agama Buddha di Thailand, pemberontakan di selatan negara Gajah Putih tersebut serta pengaruh besar dimainkan segelintir penganut Buddha yang radikal.
Maha Aphichat, seorang sami Buddha berusia 30 tahun di Bangkok mendakwa tidak takut untuk menyuarakan pandangannya malah dia mula mendapat perhatian ramai netizen di Thailand sejak Oktober tahun lalu.
Dia menyalahgunakan media sosial untuk menggesa penganut Buddha supaya membakar sebuah masjid, sebagai tindak balas bagi setiap sami yang terbunuh di selatan negara itu; yang ramai penduduknya Melayu/Islam.
Pemberontakan agama yang berlarutan selama lebih 12 tahun di wilayah bersempadan dengan Malaysia itu sudah meragut nyawa hampir 20 sami Buddha tempatan, dan menyebabkan ramai lagi penganut Buddha cedera.
Menurut Apichat, dia mahu memberi kesan psikologi kepada umat Islam agar menghentikan pembunuhan sami-sami. Walaupun belum ada masjid yang dibakar, sentimen anti-Islam semakin mendapat perhatian secara online.
Aphichat mengambil kesempatan daripada konflik tempatan untuk membangkitkan lagi ketegangan agama. Ini seperti keputusan masyarakat Islam yang menolak pembinaan sebuah Taman Buddha di Pattani pada bulan lalu.
Padahnya sami-sami Buddha baru-baru ini untuk menolak penubuhan industri makanan halal di Chiang Mai. Aphichat mahu mengikut gaya sami anti-Islam Myanmar, Ashin Wirathu melindungi Buddha di Thailand.
Sesetengah pakar antarabangsa mengatakan, konteks politik Thailand dan Myanmar yang berbeza-berbeza sebenarnya berjaya menghalang sebarang konflik antara agama daripada meletus lebih dahsyat setakat ini.
Wirathu dikatakan mendapat sokongan daripada bekas pemerintahan Myanmar yang memang anti-Islam, manakala Aphichat langsung tidak mendapat sokongan jelas pihak kerajaan Thailand yang lebih pro-Islam.
Namun mereka beri amaran, isu itu boleh jadi lebih serius jika pihak berkuasa Thailand tidak menanganinya segera terutama di wilayah selatan yang bergolak seumpama bom jangka boleh meletup bila-bila masa sahaja.
Menurut penganalisis, cara pemikiran Aphichat mencerminkan jenis pemikiran yang wujud dalam kalangan sesetengah pemimpin dan penganut Buddha Thailand membenci Islam secara senyap dan kurang menonjol.
Ini berbahaya kerana walaupun jika Aphichat berhenti, mungkin ada yang ingin mengambil alih tempatnya. Para pemimpin agama tempatan kini giat mempromosikan dialog antara agama dan pemahaman budaya lebih baik.
Lebih daripada 93 peratus penduduk Thailand adalah penganut Buddha, berbanding hanya kira-kira 6 peratus yang masih lagi tegar beragama Islam, majoritinya di selatan negara tersebut. – Agensi