Sarat 8 Bulan, Baru Ne-Yo "Naik Pelamin" Dengan Kekasih


PENYANYI yang terkenal dengan lagu Miss Independent, Ne-Yo akhirnya mengahwini kekasihnya, penyanyi R&B, Crystal Renay yang kini sedang sarat hamil lapan bulan.

Pasangan ini berkahwin dalam satu lokasi tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat bagi meraikan hari bahagia mereka.

Ini merupakan anak ketiga Ne-Yo kerana sebelum ini penyanyi itu turut mempunyai dua anak bersama bekas tunangnya, Monyetta Shaw.

Crystal dijangka melahirkan anak lelaki pada awal Mac ini. –Kedahnews.com