PELAKON jelita, Sarimah Ibrahim yang bergelar isteri kepada Tunku Nadzimuddin pada bulan April tahun lalu mengakui bahawa dia sememangnya menantikan kehadiran cahaya mata untuk hadir dalam hidup dia dan suami.
Tetapi mereka redha dengan ketentuan Ilahi, katanya yang dipetik laporan oleh sebuah akhbar tempatan.
“Memang saya tak sabar untuk menimang anak, suami pun punyai hasrat yang sama. Rasanya semua pasangan yang berumah tangga punyai keinginan yang sama. Jadi, mustahil kami tidak mahukannya”
“Pemeriksaan kesihatan pun sudah dibuat dan sama ada saya atau suami, kedua-duanya tiada masalah apa-apa. Cuma belum ada rezeki buat kami pada masa ini.
“Saya dan suami sudah pun bersedia, tetapi Allah yang merancang segalanya”
“Yang boleh kami lakukan hanyalah berserah kepada Allah. Doa telah pun dipanjatkan, selebihnya hanya perlu bersabar menanti detik itu.
“Jika rezeki itu berpihak kepada kami, saya menginginkan sepasang anak comel lelaki dan perempuan,” tambah Sarimah. -Kedahnews.com