SEKEPING gambar dari Sharifah Sakinah ketika berada di Tanah Suci untuk mengerjakan umrah bersama suami sambil menjelirkan lidah telah menyebabkan kemarahan netizen.
Ekoran hal itu, melalui sebuah portal tempatan, pelakon ini tampil memohon maaf keatas insiden yang berlaku.
“Sebenarnya saya tidak mahu hal itu dipanjangkan lagi. Apa yang saya lakukan itu menyebabkan peminat bergaduh.
“Saya betul-betul minta maaf. Saya tak nak sebab saya, orang bergaduh tak tentu pasal”
“Bagi saya perkara ini mudah, bila saya salah, saya minta maaf. Saya minta maaf dan tak nak simpan dendam. Jadi saya salahkan diri saya sendiri di atas kesalahan yang saya lakukan.”
Dia juga dikatakan tidak berubah selepas pulang dari mengerjakan umrah. Dan baginya, perkara tersebut adalah urusan antara dirinya dan Tuhan. –Kedahnews.com