Berikut di bawah adalah senarai penuh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang terbaru setelah selesai majlis angkat sumpah mengikut penetapan portfolio baru masing-masing.
1. Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah - Menteri Besar KedahPengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan dan Syarikat Milik Kerajaan Negeri.
2. Dato' Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail - Exco Kerajaan Negeri KedahPengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, IMTGT.
3. Dato' Suraya Yaacob - Exco Kerajaan Negeri KedahPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat.
4. Dato' Tajul Urus Mat Zain - Exco Kerajaan Negeri KedahPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO).
5. Dato' Badrol Hisham Hashim - Exco Kerajaan Negeri KedahPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga.
6. Dato' Mohd Rawi Abdul Hamid - Exco Kerajaan Negeri KedahPengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya.
7. Dato' Mohd Tajuddin Abdullah - Exco Kerajaan Negeri KedahPengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan.
8. Dato' Norsabrina Mohd Noor - Exco Kerajaan Negeri KedahPengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia.
9. Dato' Aminuddin Omar - Exco Kerajaan Negeri KedahPengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan.
10. Dato' Dr. Leong Yong Kong - Exco Kerajaan Negeri KedahPengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Kesihatan dan Perpaduan.
Selamat bertugas dan aman makmurkan negeri Kedah Darul Aman dari kami. -Kedahnews.com

