Spekulasi Dakwa Mr Os Masuk PAS Tersebar Meluas


SHAH ALAM – Pelawak terkenal, Mr Os muncul atas pentas Pas ketika Sambutan 63 Tahun Pas Perlis menimbulkan tanda tanya selepas gambar berkenaan dimuatnaik oleh laman Facebook rasmi, Pemuda Pas (DPP Malaysia official), semalam.

Kapsyen pada gambar itu berbunyi, “Gambar ini diambil semasa berlangsungnya program Sambutan 63 Tahun Pas Perlis semalam. Subhanallah. Alhamdulillah. ALLAHUAKBAR.”

Media sedang berusaha menghubungi Mr Os atau nama sebenarnya Yusof Hamid bagi mendapat pengesahan beliau.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan ketika diminta respons berhubung perkara itu berkata tidak pasti mengenai dakwaan tersebut.

“Saya tidak pasti mengenai penyertaan sebagai ahli Pas. Nanti saya semak. Cuma yang pasti beliau begitu mesra dengan Pas dan menghadiri beberapa program Pas mutakhir ini,” katanya kepada Sinar Online.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pas menerima penyertaan beberapa artis tempatan seperti Bob Lokman, Hairie Othman, Aisyah dan Abby Abadi.

Sumber: Sinar Harian