KHABARNYA pelantun lagu Janjiku, Hafiz Hamidun baru-baru ini diserang oleh suami orang menerusi talian telefon.
Individu yang tidak dikenali itu memarahinya kerana tidak berpuas hati dengan salah satu status yang dimuat naik di laman Twitter miliknya.
Menurut portal gosip terkenal, Murai.com.my, ketika kejadian Hafiz berada di pejabatnya dan tiba-tiba mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali.
Individu berkenaan terus sahaja memarahinya kerana tidak puas hati dengan status yang dimuat naik di akaun laman sosial Twitternya.

Lelaki yang tidak dikenali itu, menyatakan disebabkan Tweet itu, dia dan isterinya bergaduh malah mengugut untuk mengupah orang memukul beliau.
Namun Hafiz telah mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan dirinya. Tiada lagi ugutan daripada individu berkenaan setakat ini.
Dia mengambil keputusan untuk terus tidak melayan dan menyekat nombor telefon tersebut bagi mengelakkan perkara buruk berlaku. –Kedahnews.com